reply jugak dia...tak apa lah, untuk ikhtibar semua...
Salam sejahtera Cik XXXXXX,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menulis kepada kami. Berhubung dengan isu yang di ketengahkan, kam memandang berat terhadap perilaku pemandu yang tidak beretika. Kami sangat mengambil berat terhadap sifat pemandu yang langsung tidak menunjukkan sifat bertolak ansur terhada penumpang.
Untuk pengetahuan, RapidKL tidak bertolak ansur terhadap mana mana pemandu yang tidak berhemah dan bertimbang rasa semasa menjalankan tugas. Justeru itu, pemandu terlibat akan dipanggil untuk di soalsiasat. RapidKL tidak teragak agak untuk menyusuli tindakan tatatertib yang tegas keatas pemandu berkenaan jika bersabit kesalahan.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada para pelanggan bahawa semua pemandu kami telah diberi asas latihan khidmat pelanggan sebelum mereka di benarkan untuk berurusan dengan pelanggan. RapidKL sentiasa mengadakan program khidmat pelanggan intensif untuk semua pemandu bagi meningkatkan kecekapan, memupuk nilai mesra pelanggan dan meningkatkan motivasi mereka ke arah rasa bangga terhadap kerja dan Syarikat.
Sekian, terima kasih.
CRM Team
CRM & Call Center
DeptCommunications Division
Syarikat Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
Tel: 03-7625 6999 HelplineTel: 03-7650 7788 General lineFax:03- 7625 6667
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ape la banyak salah ejaan...baru nak masuk tadika ke?
ReplyDelete