29.6.09

Kurang Ajar - Tiada Budi Bahasa

Oh...aku memang sakit hati kalau orang buat taik kat aku. Terlebih dahulu, maafi aku sekiranya bahasa aku agak kasar dalam post ni. Kau buat taik kat aku, aku balas taik la...Sesuka hati panggil aku mangkuk, mak ayah aku pun tak pernah panggil macam tu...kalau aku mangkuk, kau taik dalam mangkuk tandas tu...Pergi mamposs lah!

Aku punya la sakit hati kat pemandu bas Rapid KL. Sakit hati punya hal, aku telah pun menulis surat untuk beberapa surat khabar, termasuklah aku email terus ke Rapid KL...

Aku telah dihubungi oleh satu suratkhabar, kalau tak esok, mungkin lusa luahan aku akan keluar...tapi, dah tentu dieditnya, tapi tak apa la, janji kepuasan, dengan niat, kalau ini dah terjadi kat aku, kat orang lain apa lagi....

Pemandu Bas Rapid KL Kurang Ajar - Tiada Budi Bahasa

Kepada sesiap yang berkenaan.

Perkara di atas adalah dirujuk.Selama ini saya tidak pernah untuk menerima sebulatnya jika ada perkara buruk yang diperkatakan tentang perkhidmatan pengangkutan bas awam di Kuala Lumpur, ini kerana walau pelbagai langkah telah diambil, masalah kecil yang timbul boleh dianggap sebagai masalah yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, bagi saya, sikap atau masalah yang ditimbulkan oleh 'individu' membuatkan saya hilang kesabaran untuk tidak menjadikan perkara ini sebagai satu masalah yang besar. Mengapa ini harus terjadi sedangkan di mana-mana sekalipun kita sering melihat promosi kempen 'berbudi bahasa budaya kita'. Sebagai orang Melayu, kita dididik untuk berbudi bahasa dalam apa jua sekali pun.
Tanggal 28hb Jun 2009 (Ahad), disebabkan oleh beberapa perkara, setelah sekian lama tidak menggunakan perkhidmatan awam, khususnya bas, saya terpaksa untuk menaiki bas awam untuk ke Kuala Lumpur. Saya menunggu bas di Perhentian Bas Sekolah Kebangsaan Hicom, Seksyen 27, Shah Alam. Lebih kurang jam 6.40 ptg, sebuah bas [bernombor pendaftaran WPL 734] tiba. Terus terang saya tidak arif, bas mana menuju ke laluan mana. Saya cuma menahannya dan terus menaiki bas tersebut sambil bertanya kepada pemandu tersebut 'Bang, bas ni gi KL ke?' Lantas, si pemandu terus menyapa soalan saya 'Eh mangkuk, kau tak nampak ke (sambil menghalakan tangan ke kiri cermin bas'. Secara spontan dan terkejut, sambil berundur turun dari bas itu, saya terus membalas 'Eh, saya tanya dengan elok, jawab la dengan elok, mana nak tau, pergila mampos...(saya sedar saya agak kasar kerana hilang sabar dengan sikapnya menjawab persoalan saya). Banyak mata memandang ke arah saya. Sesungguhnya bas itu tidak ke laluan Kuala Lumpur. Tidak salah pun walau dengan menjawab "tidak" berbanding dengan menggantikan nya dengan "Eh, Mangkuk" yang pada saya ianya amat kasar! Beginikah sikap seorang pemandu bas rapid kl terhadap penumpang? Kalau begini sikapnya, bukan saya sahaja yang menjadi mangsanya.
Kebetulan, pada masa yang sama, ada penumpang yang turun. Seorang penumpang itu bertanya kepada saya apa yang telah diperkatakan oleh pemandu tersebut? Saya memberitahunya apa yang terjadi. Penumpang tersebut memberitahu saya, pemandu tersebut memang gila (Maaf, bukan saya mengatanya gila, cuma mengulangi kata2 penumpang tersebut) kerana dia telah pun memarahi seorang penumpang gara-gara nada dering telefon. Telefon berbunyi dah pemandu bas tersebut berkata 'dah ada telefon tu, dengar jer la sorang-sorang'. Apa sebenarnya masalah pemandu ini.
Saya benar-benar terkilan atas sikap pemandu bas Rapid KL yang tiada budi bahasa serta sebagai seorang Melayu, ini boleh dikategori sebagai kurang ajar. Walau efisyen mana sekali pun perkhidmatan, tiada maknanya jika nilai2 murni seperti budi bahasa diketepikan.
Saya amat berharap agar pihak pengurusan Rapid KL memantau para pemandu agar tidak keterlaluan dengan sikap atau perangai yang boleh menjejaskan mutu keseluruhan perkidmatan Rapid KL. Sesungguhnya perkhidmatan yang terbaik bermula dari budi bahasa para kakitangannya.
Semoga pihak tuan dapat memberikan teguran kepada pemandu tersebut. Tersilap perahu boleh diundur, tersilap kata, buruk padahnya...
Semoga coretan saya ini diberi perhatian.
Sekian, terima kasih.
XXXMXrXiXnX MXhXmXdXXX
7X0X1X9X3X3X6
0X6X5X0X1X
p/s: maaf jika bahasa aku agak kasar...

28.6.09

masa

hari ni dah hari ahad...
cepatnya masa berlalu...
masa yang cepat berlalu atau aku yang tidak tahu menghargai masa...
eh, nak kata aku tak menghargai masa, aku dah buat apa yang sepatutnya... (tapi banyak lagi yang harus aku buat, tapi aku ambil mudah...ya Allah, ampuni la dosa-dosa aku & orang tua ku serta keluargaku...amin!

tapi, aku akui aku:

  • lalai
  • selalu suka menangguhkan sesuatu
  • selalu mengharapkan "esok..esok..esok"
apa akan terjadi jika esok tiada lagi...

"mungkin sesalan yang tak habis"

tapi, na'uuzibillah! berikan la ruang/masa untuk aku....

untuk aku...tepuk dada, tanya hati... (tanya la tuan empunya diri masing-masing...)

masa itu amat berharga lebih dari emas....

27.6.09

apa hal la...

blog, blog, blog...

emm...rasanya something wrong with my blog, apahal la ni...don't know where to S.O.S...

my big sister is at Banglore, my little sister is at Dunedin...

my anak buah, all never bother me...:)

my parents - always "berblog jangan mebinasakan diri..."

arghhhh, mana nak adjust setting ni....nanti la.

Thank you to CNY & malom...for your verbal comments :)

23.6.09

skull flora

Aku selalu tengok gambar tengkorak, kat mana-mana lah...contohnya aku selalu lihat di papan tanda jalan (merujuk kepada kawasan berbahaya, kawasan kemalangan, pandu dengan perlahan dan berhati-hati), icon untuk asid atau toksin yang merbahaya, lambang untuk benda-benda yang sinonim dengan unsur-unsur rock dan sebagainya...

Tak ada apa pun dengan tengkorak ni...Satu persoalan ialah tentang gambar tengkorak di t-shirt yang dipakai untuk solat. Ada kawan aku berpendapat bahawasanya gambar tengkorak tidak patut dipakai untuk solat...tak boleh ke? Kalau tengkorak ni cute, macam gambar bawah ni, bolehkan?....Gambar ni cool sebab bunga, pas tu ada tengkorak...icon ni iaku ambil kat Top Shop...




p/s: cantik jgk tengkorak ni, dan pastinya aku tak suka gambar tengkorak yang ganas! Kalau dah tak suka, cara sebutnya ialah "KOROK MU!!!!"

22.6.09

pesta malam indon 3

Pesta Malam Indon 3 (PMI3) telah berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu, 20 Jun 2009. Karnival mermula dari jam 10 pg, konsert bermula dari pukul 3 ptg dah berakhir dalam pukul 11.30 mlm.
Setelah masuk kali ke-3 konsert ini dianjurkan oleh TM, ni baru aku berpeluang untuk menghadirkan diri dalam kelompok warga indonesia di konsert pesta malam indon . Waduh2, kencang sekali...tapi, bagi aku, biasalah, bila ke konsert Indon, culture dia orang mesti sama. Walaupun ini kali pertama ke konsert PMI, aku dah dapat agak sebab sebelum ni aku pernah ke konsert Shiela on 7, masa tu tahun 2005 kot. Apa motif dia orang julang-julang kawan seperjuangan sambil mengibarkan baju (baju ni ada yang membuka baju yang dipakai dan ada juga yang membawa baju extra...). Aku tak faham kenapa mesti begitu...haruskah aku faham?? Emm, tak perlu faham, cuma baju-baju yang dikibarkan itu menganggu view aku...tu jer. View aku ok lagi, tapi view member aku yang agak "petite", so kesian dia tak nampak...Dah la dia ni fan indon's band, woishhhh, semua lagu dia hafal tuh!
Konsert ni aku layan jer, setakat joget suka-suka bagi keluar peluh sikit, ok...bagi aku, konsert ni kira ok la...(dah tu nak ke konsert Air Supply di Hilton KL baru-baru ni tak kesampaian, PMIpon, bolehla...layannnnnnnnn).
Band yang perform:
  • Jimbara
  • Padi
  • Andrea and Backbones
  • Shiela on 7
  • Gigi
  • (Lucky laki) - additional performance dari anak-anak Ahmad Dhani...kecil2 dah pandai main gitar, drum + etc...cool!
  • Dewa 19

Aku bukannya fan kat semua band ni, aku tau la nama-nama band ni, tapi tuan punya badan, aku tak kenal pon...tapi, out of all performances, Gigi paling best la....bolehlah!

Aku berkesempatan bercakap dengan mamat Indon ni, sepanjang berada di Malaysia, PMI lah merupakan konsert yang mereka nanti-nantikan...harap-harap PMI4 ada lagi tahun depan untuk hiburan para-para Indon yang mencari rezeki di Malaysia...sekali-sekala boleh gak kalau TM anjur evegreen dangdut lak....

Dangdut pon ok gak layan sekali sekala!



18.6.09

remember those days

Tetiba teringat zaman doulu doulu….Best jugak, + kelakar pon ada jugak…

Let’s share the memories to make it more interesting!


  • Zaman tak ada handphone, boleh jer janji nak jumpa member kat mana-mana, tak de la kelam kelibut macam sekarang. Bila dah janji, lambat seminit, mesti nak sms la, nak nelpon la...kan?
  • Susahnya menaip tak ada personal komputer and laptop...fuyooo, mesin taip, tuck tick tuck tick...sakit hujung-hujung jari. Ribbon mesin taip tu ada yang ada satu kaler, ada yang ada dua kaler (selalunya hitam / merah)...bila dah abis sampai ke hujung, pusing balik, jimat ma....Tetapi,masa yang ada komputer yang "DOS – Disk Operating System" tu, achooo, susah gak, tak ada mouse!
  • Zaman tak ada peti ice kat rumah...aduhai, time nak kena beli air batu...berat siotttt! Murah jer air batu tu, 20 sen jer setengah bar tuh. Pas tu simpan dalam "bocong air batu" – hehehe, tau ke bocong tu apa? Alah, macam bekas kalis/tahan panas atau sejuk. Ice Box lah!
  • Tiub ubat gigi, materialnya macam besi gitu...ishhh, susahnya nak tekan suruh ubat gigi tu keluar, lagi-lagi bila dah nak habis...Sekarang, materialnya plastik, lembut, senang la sikit...
  • TV dulu ada pintu, frame kayu. Slide, boleh buka kiri-kanan...pas tu siap dengan kunci...tak nak bagi orang tonton ka? Frame kayu tuh besar, siap ada kaki 4 (kaki tu kalau nak guna pon ok, kalu tak nak pon ok ok la) ...hahahaha! Ingat tak...?

Ada lagi kot those days yang funny-funny :)



17.6.09

apa salahnya…susah sangat ke…

Ni aku ada beberapa perkara yang tak berapa nak puas hati dengan kata lain ianya sakit hati...

  • Apa salahnya kalau orang dah tegur, tanya khabar...jawab jer la. Ni tak, buat derkkkk jer! (Salah atau susah sangat ke?)
  • Apa salahnya kalau dah orang senyum tu, senyum jer la balik walaupun tak kenal batang hidung...(Salah atau susah sangat ke?)
  • Apa salahnya kalau nak masuk lif tu, bagi la orang keluar dulu...(Salah atau susah sangat ke?)
  • Apa salahnya kalau orang dah tanya dengan baik tu, jawab jer la dengan baik, tak yah la nak tinggi-tinggikan suara...(Salah atau susah sangat ke?)
  • Apa salahnya kalau dah pinjam barang orang tu, cakap jer la terima kasih dengan cara yang betul-betul berterima kasih...Ni, macam kita lak yang pinjam barang dia...(Salah atau susah sangat ke?)
  • Apa salahnya kalau dah salah tu, mengaku dan mohon maaf jer la......(Salah atau susah sangat ke?)

Tapi, yang aku betul-betul tak puas hati & sakit hati ialah, bila kita tegur orang, bertanya khabar (tak kira la, melalui email ke, MSN ke, YM ke, SMS ke apa2 la), jawab jer la...kalau jawapan dia berbunyi macam ni sekali pun aku tetap berpuas hati "aku ok, aku busy, aku tak nak diganggu, jangan hubungi aku lagi, aku ok jer..." at least PUAS HATI :)

mini - mini - mini - mini - mini

16.6.09

satu persoalan...

Persoalan yang aku selalu tertanya-tanya dah tidak kutemui jawapannya...
sampai bilakah aku harus bekerja???

15.6.09

9-10


Hehehe…9-10 ni merupakan bilangan yang penting untuk aku.
Nak tau apa? Teka la... Waktu bekerja???...aku pernah balik awal dan lewat dari ni...duit? hanya cukup untuk makan pagi & tengahari...apa2 lah, yang nyata ia hanyalah nombor!

Angka 9, aku memang suka, tapi aku suka angka 59.

Angka 9-10 ni sebenarnya refer kepada bila masa situasi aku mengantuk yang amat, ngantuk gila.

Yer la...entahla...ada orang cakap tak elok, tapi aku ada terbaca, apa nak peduli orang kata kalau itu memberi kepuasan kepada diri sendiri, tak menjadi masalah.

Sememangnya, kalau ianya tidak mencukupi 9-10, keesokan harinya aku akan menyesal...Tetapi, nak buat macam mana kalau dah banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum merebahkan badan yang penat... :)

Sesungguhnya, kalau ia tidak mencukup 9-10, aku memang akan mengantuk gila...
Tapi, masih lagi di bawah kawalan...Hidup terpaksa diterusakan demi mencari sesuap nasi yang halal.

Sebenarnya 9-10 ni ialah waktu yang best untuk aku tidur, iaitu 9-10 jam sehari...
Itu la rahsia 9-10 ni, aku perlukan tidur sekurang-kurangnya 9-10 jam sehari!!!

14.6.09

hujung minggu

hari ni dah hari ahad...
cepat betul weekend berlalu. esok dah kerja...apa nak buat, mencari rezeki harus diteruskan...
oh, hari ni hari bapa...dah kali ketiga menefon ayah ku, pon tak dapat nak cakap. ayah ku bukannya business man, sibuk dengan kerja kampung jer, membersihkan halaman rumah, yer la, tak kan nak bawak handphone gantung kat tekak kot..tak relevan :)
Walaupun weekend cepat berlalu, namun weekend aku tak pernah dipersia-siakan. Aku mesti menikmati weekend aku secara berQUALITY!
Semalam, aku sempat berjumpa Puan Norleen, isteri kepada Syed Mohd Raffe (aku tak pernah jumpa pon laki Norleen ni). Ok gak spent time dengan Norleen ni...yer la, dah lama tak jumpa dia,aku rasa ada dah dekat setahun tak jumpa dia. Dari masa dia belum bertunang, dah kahwin, hanya semalam jer aku berkesempatan nak jumpa dia. Bukan senang nak jumpa dia ni, ni pun aku rasa dah buat appointment 1 week in advanced. Maklum jer la, sejak nak dekat-dekat kahwin dulu, Norleen ni dah banyak berubah..banyak ke arah muslimah sejati...ada syarahan agama, sesi mengaji, marhaban, ahli khariah masjid (etc..respect la Norleen ni, jangan marah yer). tapi, aku masih begini...tak apalah asal kan aku ok jer. Borak2 jer nga Norleen ni...ok gak jumpa kawan-kawan. Masa aku jumpa Norleen ni, ramai gak aku jumpa orang yang aku kenal yang aku tak sangka-sangkakan:
  • Reddy, senior aku masa belajar dulu, dia pon terpingga2 macam ingat tak ingat jer aku, tapi katanya ingat
  • Pak Mon suami Eza, terus-terus aku call eza sajer report kat eza..padahal aku nak bagi tau yang kasut pak mon sama dengan kasut aku...
  • Suriati ke Suriani...kawan masa sekolah menengah, ok ler at least kito still kenal each other
  • m
  • Maria tunku sabri pon aku terjumpa, yer la..dia ni tak kenal aku, aku jer yang kenal dia...dia makan tak gelojoh pon.

Terima kasih Norleen, sebab belanja aku kat Secret Recipie...Disebabkan oleh dia nok belanja aku, terpaksa lah aku minum air yang paling murah. Air yang paling murah fresh milk, RM4...x nak lah fresh milk, aku pon order ice lemon tea, RM5. yerlah, tak tergamak aku nak order air lain...eh eh, tak sedar bila masa air cappuccino dia tuh habis disrupppppp...hehe, siap makan karipap dinousour tuh, chicken cornish...

Alahai, Norleen siap belikan hadiah kat abang angkat dia...hadiah kat ayah dia semperna hari bapa...habuan aku, aku dapat voucher parkson bernilai RM10. ni dah kali ke dua aku dapat voucher parkson dari Norleen, yang first tu au beli stokin (kau ingat tak norleen??? aku rasa macam kau dah lupa...) yang ni, aku tak fikir lagi nak beli apa...terima kasih yer puan leen. hehehehe...dia suh aku beli apa-apa la...

lepas aku jumpa Norleen, apa-apa pun aku mesti menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah yang hina lagi banyak dosa (ya Allah, ampunilah dosa-dosa hitam aku...). Aku mesti menunaikan solat maghrib. Sebabnya, selepas ni aku ada misi lain pulak dengan my darling Anita (hehehehe, aka muslimah)...kat uptown damansara.

Sebaik jer aku jumpa anita, adik dia, buek, ayah aku telefon. Sajer...sajer tanya aku kat mana, aku kata nak makan malam dengan anita...oh...ok lah.

Makan & borak2 ngan anita, ternampak pulak 'datin', isteri pengarah urusan tempat aku kerja. Dari jauh, just hai2 jer...

Masa makan tu, kakak aku pulak sms...katanya, dia bagitahu yang dia telah me-aur2kan aku selalu balik lambat bila hari minggu, lepak...hehehe..Tak pe la,lepak ke buat apa ke, janji diri kita sendir yang tahu apa yang kita buat...Tak kisahlah asalkan tanggungjawab kita, telah pun kita tunaikan...jangan risau yer ayah & mek, kakakku, adik perempuan ku & adik lelaki ku....I LOVE ALL OF YOU :)

hari ni. am looking forward for the next weekend...

12.6.09

berlagak

Situasi ni berlaku semasa aku nak menaiki lif…
(Lif ni sebenarnya lif bomba...)

Sebaik aku sampai di area lif, aku nampak ada seorang ayah & ibu berserta dengan seorang anak remaja lelaki dan seorang anak remaja perempuan...Sekeluargala katakan...
Lif agak lembab malam tadi mungkin ramai orang, kebetulan malam tadi malam pasar malam.

Memasing menunggu lif dari level 2 ke level masing-masing...

Bapa: Tetiba mencuit tangan ibu sambil ketawa-ketawa…Eh, kalau dah nak terberak ni, terberak dulu ni…

Ibu: Tersenyum simpul...

Anak lelaki: Longkang depan ada...

Anak perempuan: Maintan diam....

Tetiba si ibu tu bertanya kan housemate aku yang kebetulan pon ada kat situ..."Dik, kat sini ada berapa lif”

Lantas housemate aku menjawab "Ada 3 lagi kat sana...”

Lif pun tiba...Bila nak masuk lif, bapa tu berulang kali berkata. "Oh ada 3 lagi kat sana...”
Komen aku:
  • Eh, tu bukan lif penumpang/orang, lif bomba...manalah nak secepat lif yang dok kat kondo hi-end.
  • Family tu cam berlagak jer dok complain pasa lif..lif umah kau bagus sangat ke? Ke umah kau banglow? Bukan aku jer rasa benda sama, housemate aku pun dapat rasakan apa yang aku rasa, buat apa kau nak ulang banyak kali ”Oh, ada 3 lagi kat sana...” Rasa bersalah ke bila dah ingatkan ada satu lif jer....
  • Bapa tu ala-ala perempuan (chot chek-chot chek) & tak sabar!!! Sabarlah...nak cepat, pergi naik lif yang kat tengah tuh!

Kenapalah berlagak sangat nak komen lif tu lambat dengan muka sinis-sinis...

Sesunggunhya, aku tak suka hidup dalam kelompok orang yang




10.6.09

jem

jem...jem.
kenapalah botol jem kalau yang baru tu susah nak buka?
tetiba aku teringat nak brcerita pasal botol jem...

Apa petua nak buka botol jem baru? Ada yang kata guna duit. Ada yang kata guna tenaga.
Tapi, ni petua aku, aku pon dah tak ingat baca kat mana...
Senang jer nak bukanya, selit getah kat tepi tu, cungkil sikit tepi tu, bagi getah masuk sekeliling tutup tu, pusing kuat sikit, mesti buleh punya...

Bila dah boleh, kawan aku bukan main suka lagi...sebabnya dia kelaparan...so, dia boleh makan roti dengan jem strawberry...

selamat makan roti dengan jem....

kopi kopi

Day before, aku dapat sms…kata nak kopi-kopi di midvalley.
Aku ok jer.. Sms ni dari member aku –
HARE!

Emm..aku kenal hare ni semenjak aku ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem cherating. Best gak la gi sana tuh. Boleh kenal hare, shidi, lin, liza, yati, rachael, radzi + etc...Ntahlah, dia orang ni kalau terserempak, ntah kenal lagi ke tak aku ni...Tapi, shidi memang kenal aku. hare sure la...Dalam ramai-ramai ni, yang aku still keep in touch sampai ari ni ialah shidi dan hare lah!

So, malam tadi kita chit-chat la..dari citer isu semasa, citer dahulu kala, citer orang kaya, citer orang miskin, IT, politik, agama, semua lah...Alah, aku ok jer borak nga hare ni sebab dia punyer general knowledge, perghhhh...power tuh! Alah, dia tu writer, pengiat media...Salhan K.Ahmad… Manalah aku boleh lawan...Sampai ke jenis-jenis dadah pon dia hafal – kira aku "boleh blah" la dengan dia – hehehe, boleh blah..."can go"!

Rupa-rupanya baru aku sedar, GJC Mid Valley tu tak de mist fan...aku nampak jer hare macam panas...tapi, aku tak nak cakap apa-apa...huhu! Sah, memang panas, dia balik umah shower pon, bladi hot lagi...Apa-apa lah, yang penting, masa aku jumpa dia rokok dia habis [padan muka :)], jadi aku yea yea...tak der la sibuk dengan asap rokok...



dia tak sedar pon aku snap gambar dia...

terima kasih sebab belanja milo ice.

9.6.09

buah nenas



Malam tadi aku makan nenas..Nenas ni bukannya buah kegemaran aku sangat, sebab masam. Tapi, aku suka air nenas yang nenas dia tu dah dipotong kiub-kiub. Dulu masa sekolah, mak cik tu sedap jer jual keropok nga air nenas, 30 sen jerrrrr. Eh, nenas ke nanas? Entahla aku, sesetengah orang kelantan menyebutnya ’buah lanah”...em, tapi aku panggil buah nenah! Tapi, nama saintifiknya Ananas comosus (aku baca la...), alah mat salleh panggil pineapple. Tak kisahla apa orang panggil pon, aku apa kisah...Tetiba aku teringat, semua bahagian buah ni aku kenal, kulit, isi, daun, tangkai, bulu hidung...tapi ada satu bahagian, aku tak tahu lah bahasa suratnya apa...aku, biasalah, orang kampung, panggil “pullo” – yang kat tengah tuh...bahasa surat panggil apa huh? Hehehe...

housemate

Hari ni nak bercerita tentang housemate. Tetiba aku teringat kat kawan-kawan yang pernah tinggal sebumbung dengan aku. Aku mu la menetap di rumah sewa setelah abis belajar.

Antara yang pernah menjadi housemate aku:

  • Rumah sewa di Sungai Way – Leha, Mala & entah minah-minah mana ntah...
  • Rumah sewa di Sek 8, Shah Alam – Mala, Eza, Eja, Ita, Shima, Juana (arghhh, x ingatla...ramai sangat, hehehe)
  • Rumah sewa di Sek 8, Shah Alam gak... Mala, Eza, Eja, Amal, Baya, Tasha, Farah, arghh, tak ingat lagi la sape dan aku pernah gaduh pegang baju kat umah ni, nga saper ntah, iza ke nama dia, hahahahahaha)
  • Rumah Sek 24, Shah Alam – Yan, Zira, K.Ita, Fiza...Best uamh ni, aku suka bilik kecik kat dapur tu....hehehehe! Red....
  • Rumah TTDI Jaya – Yan, Zira, K.Ita – Umah ni besar...kenangan yang palingtak dapat dilupakan, hahaha..banjir besar! Abisss ranap...PEA aku tenggelam. Ingat-ingat balik best gak...mana tak best, aku terkejut gila..dah la aku sorang kat umah tu, kebetulan keje over the weekend, buat tender...pas tu, langsung x g keje, dapat cuti...aku dok kampung pon tak pernah main banjir, g main banjir kat shah alam.
  • Rumah warna-warni....

Ni aku nak cerita pasa umah warna warni yang aku tinggal sekarang...Rumah ni kira best gakla bagi aku...Senang nak ke sana sini...Saiz bilik kira ok la nga barang aku yang tak seberapa ni...Kain baju jer. Kain baju yang masa nak pakai tak cukup-cukup, tapi bila nak basuh melambak-lambak, apa lagi nak melipat...aduhai...

Dah lama gak aku tinggal kat sini...Mula-mula aku masuk, aku tak mengenali sesiapa pon penghuni umah tu, main terjah jer..Kebetulan aku tengok iklan, malas nak banyak cekadak, aku ok jer...Apapun, aku bersyukur kerana mendapat housemate yang bagi aku kira they all ok la...adik-adik. Mereka ialah: Suzie, Ima, Iza, Aisyah, Mai, Tiha...

8.6.09

kuala lumpur

Malam tadi, sekali lagi aku menghadapi masalah yang sama…sukar untuk mencari tempat makan (padahal berlambak tempat makan d KL ni...). Aku tak mempunyai niat tertentu sebenarnya...Aku sekadar pusing-pusing di kotaraya...emmm....menarik gak fenomena malam di KL ni...Kesibukan kota dah agak reda...Mungkin orang ramai sudah pun pulang, tambahan pulak esok hari bekerja...(tapi, cuti sekolah belum lagi berakhir...).

Oh..oh...aku tak ada hala tuju...Tetiba aku ternampak gerai ni, dah lama aku nak makan kat sini, tapi tak berkebetulan. Tapi, seingat aku, aku pernah makan nasi ayam kat gerai ni, kira ok gak...

Apa yang membuatkan aku tekad untuk makan gerai tu ialah sebab malas nak cari tempat lain sebab kebetulan aku dah berada kat area tu...

Em..not bad. Aku makan nasi lemak 2 bungkus + steamboat... (dah terlampau lapar, aku lupa nak ambil gambar...)
Sambil makan, aku ke kiri ke kanan melihat persekitaran, hati agak terhibur dengan lagu-lagu dendangan penyanyi jalanan....tetiba terlintas di hati, aku bermonolog... cantik rupanya permandangan KL di malam hari...hati terus berkata, bertuah hidup di bumi Malaysia.




Hari ni aku terfikir lagi..apalah nak makan malam ni...
Teringat kat masakan ibunda...Sesungguhnya, masakan air tangan ibu tiada tandingannya...

7.6.09

malam minggu di malam sabtu...

malam tadi, mula-mula aku tak de plan menarik pun...

tiba-tiba terlintas, kalu bukan malam ni, ntah bila lak nak hantar barang yang dah niat nak bagi kat kawan aku ni. so cuba-cubala sms dia dengan harapan dia tak de lah balik seremban. dia ok jer nak jumpa kat damansara uptown - pasalnya, aku nak makan chic-chop. ok la...dalam kul 8 lebih aku dah terpacak kat situ.
Tapi, sebelum tu, aku ada dapat sms dari kawan yang lain nak lepak...satu group nak ke muara makan seafood. george pun ajak lepak, tapi nak g anto sepupu dia dulu kat mana ntah...tup tap tup tap, george tak jadi pulak sebab tetiba sepupu dia tu dah tertido kat umah dia...group ke muara tu, aku tak tau la dio org ons ke tak...sebelum ke uptown tu, kawan sekolah aku i'ra menelepon ajak lepak gak...aik...ha, aku dah berbelah bahagi...tapi, first come first serve basis...aku terus-terus sms my darling anita, pe hal last minute arrangement ni...hehehehe.
Lepas dah makan kenyang2, borak berbakul2...masa untuk aku berundur dari uptown. Eh, eh...hati rasa bersalah kalau tak join i'ra & the gang...masa tu dalam kul 11. aku sms i'ra, i'ra kata, "ok, datang, dia baru sampai jer..." mula-mula aku pelik gak, pe hal la venue tu kat situ..nallies subang. rupa-rupanya, i'ra ni dok umah mak cik dia ke apa pertalian ntah nga akak sorang ni...pertalian complicated - aku pon tak nak fikir..setakat sepupu, mak cik, kakak angkat..ok la...biar apa pertalian pon lah...Okla, demi kawan-kawan, aku pon zrooommmmm ke nallis subang. Aku tiba kat sana dah nak dekat puko 12 cam gitu lah...
Sesi perkenalan dengan "mak cik" ira tu...emm..best gak akak ni..nama dia suha. cungkil punya cungkil...la...akak ni batch kakak aku...emmm. (biarlah dia dengan batch2 dia, hehehehe)...Tapi, suha ni vouge gak, yer ke ada anak 5 - cam bergetah jer lagi, tak tahan tu budak-budak nallies tu usik dia ala-ala erra fazira,pheewiitttt! i'ra dengan style rambut baru - baru potong kat kelantan...achooo, RM120, mahal tu..eh rupanya kepala dia, kepala mak dia...pas tu adalah trading kening2...(excluded bulu keti & pit).Dia tetap meperkatakan ianya murah, aku tetap mengutuknya mahal...

Makan, dah makan da...haus yer! minta menu ngan mamat waiter yang pakai baju pirate boy...eh, pirate boy ke pirate beach, lupa da...dia ni macam poyoooo...hehehe. aku ngutuk dia, tapi aku nampak suha dgn dia cam dah lama klik. aku order sebijik air nyuirrrrr. ala2 konon kat pantai...sedap2 minum, ntah mana datang cicak...cicak man...eh, cicak tu hitam gila, aku rasa sampai hari ni suha tu teringat2 cicak tu..yekkkkkk. dah macam spesis buaya/biawak dah cicak tuh. kita org pindah meja...
mana my darling ni...ha...tetiba muncul, dia, emy & seorang jejaka remaja (aku pon lupa nak tanya nama da..). emy nga jejaka tu duduk meja asing (below 18sx).

borak-borak...azura ni mana la pulak...ingatkan tak nak datang, tapi datang jugak...baguslah azura ni, berbadan dua pun, dia kuatkan jiwa, datang jugak...kuatkan jiwa untuk pulihkan anita yang jiwa kacau...hehehehe...

eh eh azura ni..tetiba senyum2 simpul, tetiba baju aku jadi isu. la..baju aku tu rupanya sama dengan yang dia beli kat laki dia (nanti aku nak tangkap gambar sama dengan lako dia, pakai baju sama)...emm..aku pon baju org bagi, souvenir...aku ok jer pakai baju tu walau pon 10 hengget ke, berapa ke, aku tak kisah...aku rasa orang yang tengok bila kita pakai baju yang dia bagi tu pon rasa bangga sebab bukan semua orang yang nak pakai baju yang orang bagi ni...i'ra kata dia pakai buat tido jer, kwang kwang...tapi, aku ok jer sebab aku suka, dah macam collection, cam gambar ni...ni ada lagi yang aku tak masukkan..ntah kat umah mana baju2 tu...anyway, terima kasih kepada semua yang telah menghadiahkan aku baju...

lepak adjourned at 2.00 am..sebab nallis dah nak tutup...terpaksa la hormat waktu perniagaan mereka...

sebenarnya, aku ralat...semasa kita nak blah malam tadi, aku lupa nak cakap - mohon maaf kalau-kalau percakapan aku/perbualan aku yang secara tak sedar tu ada melukakan hati kawan-kawan..tapi rasanya tak de...eh, tak salahkan minta maaf, ke tak rock..alah, apa kisah, aku bukan rock pon...

ahli-ahli lepak yang hadir:

  • suha (pengerusi majlis...thank you babe sebab bayar air nyiur kawae!
  • i'ra aka MAB, organizer
  • aku (aku, biasala maintain, bab kata kawan emy, aku rilek jer...)
  • my darling anita (maintain muslimah...muah, muah, muah, eh aku lupa nak tanya mana buek, buek...)
  • emy (selaku photographer)
  • kawan emy (aku tak tau status dia nga emy - kawan jer la..., tukang borak nga emy + tukang tengok gelagat mak-mak lepak, yer la, aku ngan anita jer yang bujae...)
  • azura aka kurang kasih sayang...tapi, ok jer, suha kata that's married life...
  • laura Anne - kita org ada gak kutuk2 kau...sampai kesudah tak datang...hahahaha
  • fazed - organizer serba salah nak ajak di atas sebab-sebab tertentu...maafi kami! ya ampun....
  • bib - muncul dalam teleconference & mms..huhu

next issue, i will do some invention on the durian flavour, especially for suha.....

Best aaa lepak nga org2 dah kahwin ni...tau gak sedikit sebanyak yang boleh dijadikan pengajaran...

Nanti kita lepak lagi yer....



6.6.09

hari keputeraan agong

hari ni hari sabtu...emmm...ada orang suka hari keputeraan agong ni jatuh pada hari sabtu.
tapi, bagi aku...aku kureng suke...alahai, kalau lah hari keputeraan ni jatuh pada hari jumaat/isnin, best jugak kan...tapi, tak apa lah...
SELAMAT HARI KEPUTERAAN AGONGlah!!!
Allah selamatkan kamu
sepatutnya, aku ke dataran merdeka...

5.6.09

arena

Tetiba aku rasa nak bercerita tentang arena…hehehehe. Aku bukannya nak bercerita tentang arena gelanggang, badminton, lapangan, arena politik tanah air, arena suka, arena pertempuran ke atau tentang sasterawan negara, Allahyarham Pak Arena Wati yang telah berkecipung dalam bidang kewartawanan. Tetapi tentang..jeng jeng...Kereta Proton Arena yang dikeluarkan pada tahun 2002. Eh, sekali aku tengok, kereta ni ok gak...Aku teringat2 tentang kereta ni bila aku terserempak on the way nak datang keje semalam..ada pak cik ni bawak laju gila..tapi kereta tu buruk gila... Eh, arena bukan kereta la, pick up truck – 2 door coupe utility. Hehehe…

Aku sajer jer bercerita pasal kereta ni…tetiba aku teringat, kereta ni dah agak pupus…tu jerrrrrr!
gambar ni tak de kena mengena pon dengan topic post aku, cume aku suka & meaningful...


Di manakah MeliSSa a.k.a Liss (konon, poooraaahhhhh)

Aku mencari seorang kawan lama…Aku mengenali dia sewaktu belajar di kolej. Sama kolej nga aku la..tapi sekejap jer la. Masa aku part 3, dia dah chow..abis belajar, dah keje la. Inbetween tu, aku ada lagi jumpe2 dia, tapi semenjak 9/10 tahun lepas, aku tak tahu ke mana dia menghilang...Nak kata dia larikan dir daripada aku, dia tak ada hutang pon dengan aku...Gaduh? Tapi, memang mustahil, aku tak pernah jumpa pon dia...Dulu,masa aku kerja di tempat lama kat PJ, dia ada jugak called aku...yer la, nelpon opis, masa tu mana la aku ada handphone – kalau aku ada pon, mesti yang gedabak gila besar...Masa tu dia sibuk-sibuk nak kahwin...lepas tu, dah hilang....eh, Melissa ni mustahil la...ntah-ntah yang aku jumpa sebelum ni sebenarnya bukan Melissa...ntah-ntah, orang tu menyamar...sebab sampai sekarang, tak de pon dia...KE MANA MENGHILANGNYA MELISSA....

Kalau ada sesiapa yang menjumpainya, sampaikan salam aku buatnya...Aku tak berkuasa untuk mencarinya...

4.6.09

wa kena BABE!!!

Achhhhoooo…I have a friend by the name of George. George is good in IT & also $$$$ investment. Hahaha…orang kampung may not know George is George! Today, wa kena beb! Apart of IT & $$$$ maker, I do not know that George is also a good promoter – wa kena kan lu balik George – lu promoter seluar dalam kat pasar malam Bangsar! Tok dae pakai lagi, acu nok basuh for hygienic purposes…zrekkkkkk, abih tarik getoh, oak a loh…tohok belako hok beli RM10 – for 3pcs. Sajoooooo!




This is George's favourite....

Anyway, thank you for promote my “SYOK SENDIRI BLOG a.k.a MY DEAR DIARY”

3.6.09

sedih

Post aku hari ni, sajer jer..hilang boring (eh, boring ke aku ni…). Nak kata boring, tak jugak...tapi, entah lah..aku pon tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya, macam-macam ada...sekejap rasa boring, sekejap rasa bosan, sekejap rasa malas, sekejap rasa macam barang hilang, sekejap rasa macam serabut, sekejap rasa macam geram, sekejap rasa macam ARGHHHHHH, sekejap rasa sedih...ha, may be aku sedih sebab lepas tengok link yang menyedihkan

http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte

...sebenarnya tak de apa pon, cumanya mungkin aku terEMO sikit..emm..emo kah aku ni? Ntah la...mungkin kadang-kadang ye...yer la, mana tak sedihnya, dalam susah-susah aku ni, ada lagi orang yang susah...bayangkan, sampah pon menjadi ”main course” dia orang...link tu tak de la sesedih mana pon (bagi yang hati tunggul/batu, link tu lagilah tak de apa-apa makna pon...) Tapi, tak apa lah, sekurang-kurangnya ia menyedarkan aku. Aku bertekad (nsyaAllah):

- Tak akan membazir makanan

- Cuba untuk elak menjadi saudara syaitan...membazir la...
- Insafi/Munasabah diri
- Jangan bersedih kerana orang lain lagi sedih dari aku

- BERSYUKUR!!!

1.6.09

kalah 2

Hari ni hari mengantuk gila-gila…gila pon tak mengantuk macam ni.
Huh, aku macam x tau apa rasa, ngantuk yang amat...sebab mengantuk, hari ni aku kalah lagi...(eh, tolong sikit yer, bukan kalah judi...).

Tak apalah kalah pon, asal tak ada dendam....