27.8.09

ayah mek


Tiap kali aku nak menghantar post baru...tiap kali lah hati aku teringat dekat mek yang sememangnya selalu dihati...Bukan apa, mek selalu pesan, nak berblog ok, jangan sampai membinasakan diri...tak pe la...jadi, post aku kali ini khas untuk ayah & mek yang selalu rupa-rupanya mengambil berat tenatang aku...
ayah & mek...
aku mohon maaf atas segala salah dan silapku sepanjang ramadhan yang mulia ini...entah mengapa, hati amat merindui mu berdua...segala jenis rasa ada dihati..rindu, kasih, sayang, bersalah, sesal, takut, resah, gembira, ntah...segala jenis macam perasaan bermain difikiran yang aku sendiri tak pasti apa sebenarnya...

yang nyata, kerisauan kerana seingat aku, inilah ramadhan pertama yang dilalui oleh mek & ayah berdua sahaja tanpa anak-anak bersama...

ayah & mek - ku mohon sejuta kemaafan demi dunia, aku tak dapat meraikan ramadhah ini bersama mu berdua...sesungguhnya, insyaAllah, di shawal nanti pasti bersama, dah pasti ku akan berusaha jua agar penghujung ramadhan dapat dinikmati bersama...

walaupun ramdhan baru berlalu selama 5 hari, betapa ku lemah kerana aku dapat rasakan ramadhan ini bukan yang terbaik lagi bagi aku...malam ini aku akan usahakan, jemaah terawikh...kuatkan aku ya ALLAH!!!
mini-me

24.8.09

buka puasa

Semalam baru 2 Ramadhan…Tak lama dah nak raya. Yea, yea...sure dapat duit rayalah!
Hari pertama puasa, makan nasi dagang. Beli kat pasar ramadhan....Hari kedua, buka dengan kawan adik aku, memet...Makan nasi arab. Aku main hemtam jer makan, sebab lapar...Memet kata dia tak sedap sangat...Aku, Alhamdulillah. Bukan nak citer pasal buka puasa tapi pasal bahasa...

Lain kali belajar arab...Waiter tu tulis macam 4...ermmm...aku tanya Memet, apahal dia tulis 4..kita 2 orang jer...

Memet kata: Eh, tu tulis Arab – maknanya 2...

Ha, kan dah kata...baik belajar Arab! Orang tulis Arab – langsung tak paham...malu sikit kat Memet tuh! Kwang...Kwang...Wekkk!


20.8.09

cleaner vs receptionist

Cleaner & Receptionist - dua bidang kerjaya yang jauh berbeza...Namun, mereka berdua ini merupakan orang yang penting dalam sesuatu organisasi atau syarikat.

Cleaner - dah tentu boleh angkat telefon kalau receptionist tak ada.
Receptionist - dah tentu tak akan buat kerja-kerja cleaner bila cleaner tak ada. Nanti cair make-up...

Haha...aku bukannya apa sebab baru kejap tadi, aku ada call client...Tiba-tiba orang yang angkat telefon tu, aku dah dapat agak yang dia sebenarnya bukan orang yang sepatutnya mengangkat telefon, tapi, kira ok la dia...(apa yang aku nak cakap, kekadang cleaner ni lagi sopan bila mengangkat telefon...)

"Alah, mak ni cleaner, Yang boleh call lepas pukul satu tak, hari ni semua staff ada meeting dengan datuk..."

Ha, kan aku dah cakap...cleaner ni pun penting dalam sesuatu syarikat, kalau dia tak angkat telefon, dah aku beribu kali dok telefon, nasib baik dia ada...emm..cara dia angkat telefon pun lagi ok, sincere...


mini - me

19.8.09

berangin

berangin?

berangin ni ada maksudnya tersendiri...

orang selalu cakap:

  • "kalau tak berangin, masakan pokok bergoyang..."
  • dia tu berangin...

berangin ni boleh dpakai dalam pelbagai konteks...suka hati la kau orang nak pakai dalam konteks mana...tapi, bagi aku, berangin ni aku selalu lebih banyak menggunakan bila merujuk kepada peranggai orang yang ada angin...ha, kalau angin baik, ewah ewah...bukan main...kalau angin tak elok, ha...nak kita ikut angin dia yang tak elok tu...eh, kalau kau berangin, aku pun boleh berangin, jangan nak ikut angin kau jer... [apa yang aku bebel pun tak tahu]..

Sebenarnya, aku just nak luahkan yang aku menyampah kat orang yang "BERANGIN"...tu jer...

17.8.09

fun sunday

i had such a lovely evening with:

k.mar
da...
yan
zira

we went to karokae...ok la...layannnnn.

frust sebab tak sempat nak nyanyi lagu - cinta pantai merdeka...jiwang berkarat!

16.8.09

full saturday - 15/8/2009

cepat sungguh hari berlalu...tambah-tambah kalau hujung minggu...

tgh - best..lepak nga kawan-kawan lama...kejap ajer...sebab masing2 dah berumah tangga, tak leh nak lepak lama2...K. Rossa, K. Dick, K.Pah, K. Wount, Duni...BEST!

pah tu lepak dengan anak buah, angkut mereka gi umah adik...makan-makan balik...lepak kat umah jap, sempat lagi...for...

second concert for this year...

em...tak plan pun nak gi konsert sinar kat padang mbpj, depan amcorp tadi...alang, singgah jer la...Em, rock vs evergreen retro..boleh la layan...tak tengok sampai habis pun,layan rustyblade separuh jalan, layan ruhil, layan othman hamzah, layan dato khatidjah ibrahim...ku gembira disamping mu...may..tak larat la nak layan...apa lagi, blah jer la...

blah layan fb + update blog..dah lama tak bercerita tentang diri sendiri ni...

p/s: frust sebab tak sempat bak tunggu kak melah...

8.8.09

24-15 = 9

Semalam aku bekerja double sebab hari sebelumnya aku mc...belum pun pukul 9am, aku dah start buat kerja, mula dengan baca email yang berlambak...aku rasa dalam 29 emails. Non-stop, kuar gi discussion, berak untuk ke tandas, urusan aku dengan DIA beberapa minit, lunch, tu jer...Off at 12am. Kira punya kira, aku dah meluangkan masa selama 15jam di office. Lama 15 jam tuh. Tunggal 9 jam jer untuk aku buat urusan lain. Jika dah 15 jam dah dihabiskan kat offfice, bilakah masa aku untuk:

  • Si DIA - ampunilah dosa-dosa ku, ibu bapa ku & keluarga ku.
  • Ibu bapaku..
  • Kawan-kawan
  • Yang penting...diri aku sendiri????...Em...Aku punya cara!

mini-me


6.8.09

medical ceritificate



wow...hari ni aku cuti sakit.

sakit ker? em em...

best gak mc ni rupannya...sepanjang aku kerja ni, jarang sangat aku nak dapat mc...Alhamdulillah, DIA telah kurniakan kesihatan yang A+++ kat aku...bangga dapat mc...tengok la gambar tu...

hari ni, nak kata sakit...tak la sesakit pesakit-pesakit yang mengidap penyakit kronik...

aku cuma batuk...tujuan mc ni ialah untuk tidak mengganggu rakan-rakan sekerja, sebab dia orang komplain - bising aku batuk...


aku ok jer kalau tak yah kerja....:)


jadi, aku pun duk jer la rumah, sebab dah dapat mc, rest jer kat umah...


mini-me

5.8.09

batuk

aduhai...bila la batuk ni nak berakhir...
batuk ni, nak dapat senang jer, tapi nak hilang, bukan main lagi payah...
dah bermacam-macam ubat - tapi, tak recover jugak.
tak apalah, alhamdulillah...dugaan dari DIA!