28.10.09

outing


Cepat betul weekend berlalu...sememangnya aku selalu enjoy every weekend aku, walaupun tak ada apa aktiviti - mesti superb!

Lebih kurang 9.30pg di hari sabtu, 23 oktober 2009, tetiba aku dapat sms...

"bangun dah ko?"....

Aku terus siap, kawan angkut aku ke damansara perdana, temankan dia ambil kunci kondo barunya...

Aku sekadar makan angin jer, sambil tengok-tengok/belajar cara-cara urusan membeli rumah...(sekadar memerhatikan adegan tidak puas hati antara pelanggan dengan 'pegawai perhubungan pelangan' syarikat developer rumah...tapi, ntahla...mamat tu apa jawatannya...haha, aku sekadar tengok jer sebab aku bukannya pelanggan...). Kadang-kadang cukup dengan sekadar memerhatikan sahaja dah memadai untuk mempelajari erti kehidupan...Mempelajari tentang kelemahan diri sendir!

Emm...cantik rumah joh!

Dah selesai urusan rumah, biasalah, nama lagi weekend, apo lagi, 'derat' la...

Lepas makan kat area DP, kita orang pergi ke wangsa maju, jalan2...tak de ya menarik, terus ke KlCC. Sekali lagi, ya la..ke KLCC makan angin, sebab tak makan kat situ :) Secara kebetulan, terjumpa dr. suhaida...borak2 ekspress, chow! Kawan aku kata dia tu mak cik-mak cik...

Misi pencarian di KLCC berjalan dengan lancar sebab tak terkena pancing jualan murah. Bab jalan ni, tak jadi masalah...tiada yang terpikat di KLCC, tak pe la, kita ke Mid Valley.


Mid valley - terjumpa dengan Tzu Li & Azlin, lama tak jumpa depa ni...
Apa lagi, borak-borakla...sambil kopi-kopi, tapi kau minum air kosong jer..tu pun adik kat Timberland bagi.

Secara kebetulan jugak, tiba-tiba aku terserempak dengan sepasang kekasih berpegangan tangan...eh, pasangan kekasih ke sedangkan lelaki tu ialah laki kawan aku...Masing-masing terpingga-pingga sebab terkejut. Mamat tu terkejut sebab terserempak dengan aku, aku terkejut sebab terserempak dia dengan orang lain...

Em...aku kah pembongkar rahsia yang lakinya ada affair?

OH TiDAK!!!


16.10.09

sms

"susah ke nak reply sms?"

"malas ke nak reply sms?"

"ke keypad phone rosak, tak leh reply sms?"

"ke...tak de credit, malas nak reply sms?"

:mungkin tanggapan aku itu semuanya salah, yang nyata, orang tu malas nak layan sms aku, malas nak layan aku, menyampah kat aku, bosan kat aku, sah-sah la dia tak akan balas sms aku.....:

terima jer la hakikat itu wahai mini-me!


9.10.09

murninya seorang ibu

kisah di satu hujung minggu

"mek nak tido doh, esok nok bangun pagi, pukul 5 kunci jam, nak bangun buat biskut nestum..."

bila aku bangun tido, semua dah siap dipek....

betapa seorang ibu berusaha demi untuk anak...ni pun sebab ada ofismate pesan suruh bawa biskut raya. kalau tak, haram jadah aku nak bawa!

"maker pen mana, tulis nama siap-siap, baru tak bertukar, macam mek tulis kat sarrah"



last-last tart/cookies ni tak sampai pun ke sarrah

takut bertukar antara aku punya dengan adik aku punya...

'nasi lemak satu bekas untuk aku'

'nasi lemak satu bekas untuk adik aku'

'cekodok pisang beberapa biji untuk aku, dah siap pack'

'cekodok pisang beberapa bijik untuk adik aku'

sebelum dibekalkan, dah dikenyangkan sebelum tu dengan mi goreng, keropok, nasi lemak, buah, biskut raya dan +++

susah-susah dan murninya hati seorang kakak membekalkan segala jenis makanan takut aku kelaparan...nama dia pun MURNI. Kalau ikutkan semua barang makan kat rumah dia nak bagi aku tapau bawa balik. tapi, adik perempuan aku pun sama, kalau selagi boleh nak tapau, segala benda nak tapau kat aku...
IBU SELALU MENURUT KEHENDAK ANAK-ANAK!

8.10.09

3D2N in KL

Fuhhhhhh!
Kekadang rasa macam sedang bercuti...ya la, kalau dah tido kat hotel tu, rasa macam pergi bercutila...banyakla bercuti...berkuli! Berkuli, sama macam aku berkuli 2/3 tahun lepas...haha..ada event la. Dah lama aku tak involve dalam event 100%...last sekali, 2004-2005. Lepas tu event yang minor-minor...

Susah juga rupanya bercuti di KL ni..kalau dah kat hotel 5 bintang, nak keluar cari makan susah, mana ada gerai-gerai dipersekitaran...terpaksa la makan hotel food, muakkkkkkk....Oh, sebab cari rezeki, 3 hari 2 malam tak balik rumahhhh...dok kat hotel tow...



mini me - kalau dah perut melayu, balik-balik mesti nak nasi...