30.5.09

malas

kenapa mesti aku hindari malas...
malas ini sesuatu sifat yang buruk & boleh memberikan kesan yang negatif kepada diri (diri aku lah, diri kauorg, aku x tau...)
malas boleh menjadikan aku...
  • tak produktif
  • lapar (sebab malas nak bergerak cari makan...)
  • mengantuk sebab ubat segala malas ialah tido
  • bosan
  • kelu
  • tak tahu apa nak jadi dengan diri sendiri

bila kaitkan dengan malas - satu bena ajer yang menarik...colek malah! kalu yang buat tuh best, letak udang banyak, colek dia pulak best - perghhhhhhhh!

29.5.09

aku kalah

Hari ni hari jumaat – 29 may 2009.
Sememangnya aku harus terima hakikat yang aku kalah.
Tapi, kalah aku bukan mermakna aku kalah dan terus kalah.
Tapi, aku sekadar mengalah atas dasar ’kawan’.
Bagi aku, bila aku mengalah, sekurang-kurangnya ianya tidak berakhir dengan ’dendam’.
Dendam yang teruk boleh membuat hati menjadi HITAM!!!


28.5.09

haruskah...

aku berhenti berangan?
aku mencari sesuatu yang baru?
aku berputus asa?
aku berhenti mengharap?
aku berterus terang?
aku membenci?
aku lari?
aku pasti?
aku mencari?
aku berdiam?
aku berpura-pura?
aku buat tak kisah?
aku buat hal aku?
aku blah?
aku terima?
aku persoalkan?
aku menanti?
aku pergi?
aku membazir?
aku berserah?
aku berterima kasih?

aku berburuk sangka?
aku meyayangi?
aku membenci?
aku tahu?
aku bersyukur? – HARUS…

15.5.09

starter...



Em...blog aku ni masih lagi berada pada stage ”development”. Post aku ni belum lagi merangkumi main topik blog. Peringkat ini, ia lebih kepada membiasakan diri dengan penulisan, layout dll...memang ini membosankan, tapi kalau tak besar, ia memberikan impak yang ”kecil” kepada aku... Memang aku mengharapkan impak yang besar, tetapi sesuatu yang besar itu bermula dengan yang kecil...tapi, secara peribadi, aku seorang yang menyukai sesuatu yang keci...kecil mempunyai banyak maksud (kalau diolah berhari-hari pon tak akan habis...), yang paling ringkas, kecil = mini. Aku asyik menyebut perkataan mini.. (mini mempunyai maksud yang istimewa untuk aku.., nanti aku ceritakan lebih detail tentang mini ni ok...). Cerita pasal kecil dulu la...Kecil ini berasal dari adjektif / kata sifat yang bersinonim dengan berbagai-bagai kata lain, seperti comel: sempit: kanak-kanak: sedikit: remeh-temeh: mudah: mini & etc. Kecil a.k.a kecek, celeh, cepeh... (version aku sendiri, hahahahaha) Berantonim dengan besar : (sememangnya aku seharusnya berjiwa besar… tapi aku tak suka apa-apa yang besar!!!!) Alah, sebenarnya ada lagi orang yang meminati benda kecil ni...aku rasa termasuklah sorang mamat waiter yang kerja di kedai mamak Kinrara kat Sri Petaling. Member aku yang bernama ’Pit’ memanggilnya ”kiiichick” sebab setiap kali dia lepak kat situ, si mamat ni selalu pakai baju kecik, kecik yang amat, tapi ngam dengan dia...yang best nyer, bila si Pit memanggilnya ”kiichick” – dia cam ok jer, ya, ya...cool jer... [Credit to kawan aku yang bernama George a.k.a Ja] Eh, kecil bukan sebarang kecil...mungkin mamat tu kecil-kecil cili api atau mungkin mamat tu kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah (up to date pakai baju kecil...) atau mamat tu mungkin kecil-kecil anak harimau... Tapi, aku hanya... Asal ada kecil pun pada. Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukuplah...Alhamdulillah.




ini bukan aku

aku...aku...aku yang kecil






12.5.09

me

sMaLL tHiNgs MaTter