29.9.09

pensel

nape la batuk ni ada lagi sikit-sikit...sabar jer la!
memandangkan dah kena start untuk mencari rezeki setelah lama bermanja mesra dengan keluarga, kenala makan ubat batuk...terus zzzzz!

best gile tido...samapi mimpi ntah apa-apa...aku ke shopping kompleks dengan sorang kawan (yang muka dia samar-samar jer nampak, saper ntah...), beli pensil...emmm..cantik gak pensel tu, nak hadiah kat kawan aku tu...

pilih punya pilih pensel tu...

tapi, apa ke hal nyer aku mimpi bersungguh-sungguh pilih pensil nak hadiahkan kat kawan aku tu...

mimpi ni buleh jadi macam-macam....

25.9.09

Kubang Kerian - kampung halaman…

Best balik kampong…cuti raya! Tambah meriah lagi dengan keseronokan anak-anak buah berhari raya, tak lupa juga riuh rendah suara warga tua di dapur…

Kampung ku ialah Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Kata orang-rang dahulu, nama Kubang Kerian berasal dari buah kerian.
Aku pun tak kenal rupa buah kerian ni…Dulu, Kubang Kerian ni sebuah pekan yang kecil, pesat berkembang dengan adanya pejabat pos, balai polis, istana, kolej jururawat, USM (1983 – masa ni aku tengah ligat naik basikal…), supermarket, mini market, tak lupa KFC, Pizza Hut, Ayam Mas & etc. Dah kira jadi macam sub-urban…Macam-macam ada! Dah boleh dikatakan hub ekonomi Kelantan. Masa aku kecil-kecil hanya ada kedai runcit - Kedai Ba'Chik!

Aman jer at kampung ni…tak payah nak fikir tentang kerja, tentang makan minum, apatah lagi cuci baju...Cumanya, bila musim raya ni, fenomena yang sama dengan KL (malah lebih teruk daripada KL) ialah jem…mungkin banyak kereta dari kota pulang berhari raya ziarahi sanak saudara…sah-sah jalan di KL clear…

Nak minum air kepala, ayah ambil jer kat pokok…emmm, best…semua FRESH! Ayam berkeliaran, ulam-ulam pun ada disekitar halaman...





















green green grass of home....




23.9.09

hari jadi iffah & kakak

20hb September 2009 - Selamat Hari Jadi Yang Ke-4 Dik Iffah...
23hb September 2009 - Selamat Hari Jadi Yang Ke-9 Kakak...

Wow, raya ni, sambil-sambil makan kek raya, ada pulak 2 biji kek hari jadi. Dia orang ni, dari kecil dah memang akan raikan hari jadi dengan kek...selagi tak de kek, selagi tu la tak berhari jadi bagi mereka...walaupun ada hadiah.

p/s: sempat beli hadiah yang tak seberapa jer, sibuk dengan raya...
Ameen, hari raya Ameen belum lagi... :)

22.9.09

mini meragam



semalam ok.

hari ni, sempat ke kota bharu, jem...ok jer, masih bertenaga...

round2 bandar (jalan dah berubah, semua one way...).

jalan balik, ikut jalan kat istana kota lama (dah tak boleh nak start, ada cina bermotosikal tolak, adjust-adjust kat starter, nasib baik hidup...), lalu kot telipot, masuk ke bunut payung, keluar kat jalan pasir hor, potong masuk jalan kampung, semput....

jalan kampung, keluar kat pasir tumboh, atas jambatan pasir tumboh, ada accident pulak...lalu kot jalan pasir putih, hala ke kota bharu sebab nak hantar kawan, lalu jalan kampung lagi...dah start buat hal...kat depan sekolah rendah kubang kerian, slow...x leh nak masuk gear..nasib baik sempat sampai rumah- aduhai...bearing gear lak rosak...

20.9.09

1 Syawal 1430H

1 Syawal 1430H semakin hampir meninggalkan kita..selamat hari raya semua terutama kepada ibu bapaku, adik beradik ku, sedara-mara ku, kawan-kawan ku, ampun maaf dipinta...zahir dan batin.

Tahun ni, hanya aku 4 beranak menyambut raya - ayah, mek, louie & aku.
  • Malom dan keluarga beraya dirumah mertua
  • CNY dan keluarga beraya diperantauan

Dua orang pak cik aku (adik mek) merupakan tetamu pertama

Tengah hari, aku ke rumah saudara - makan nasi dagang - bole la... Teruskan perjalanan ke rumah nenek, eh..tiada lak dia, mungkin beraya dirumah anak-anak yang lain...tak per la, terus balik, hantar mek ayah ke rumah sedara (Lundang)....

Lepas zohor, rilek2 jer..sempat tengok nona edisi Zaiton Sameon - kelakar gak...maaf yer kak eton :)

Rilek jap, budak2 kecil datang beraya yang actually, dia orang nak duit raya...bagi jerrrrr!

Ada satu group budak-budak datang beraya, aku tak sempat nak buka pintu sebab ingatkan kedengaran sayu2 "assalamualaikum" itu dari rumah jiran...sebaaik nak buka pintu, budak-budak tu dah beredar...dah tu nak buat macam mana, budak2 tu tak de rezeki nak dapat duit raya aku..

Emm...baru nak rilek, adik beradik dan sedara belah ayah aku datang...ramai lak tu...ok jer..mengeratkan silatulrahim...cik yah, su nah bersama anak menantu, cucu-cucu...meriah gak...paling meriah, bila acara bagi duit raya kat budak-budak loi...

p/s: best budak-budak ni dapat duit raya...aku dulu, kalau dapat duit raya mesti ada aim nak beli sesuatu..tapi at the end, duit raya habis cam gitu jerrrrr...dah tak der ke orang nak bagi duit raya kat aku???

19.9.09

salam aidilfitri 2009

cepatnya ramadhan berlalu...
Ya Allah, semoga amalanku di ramadhan diberkati mu, InsyaAllah...

selamat hari raya untuk semua!
maaf zahir dan batin...

bila tiba musim,raya aku mesti tertunggu2 untuk dengar lagu raya -
KURUNG BIRU.
lagu ni best arrrr!

tetamu datang tetamu pergi
namun tak tiba orang ku nanti
hanya sepasang kurung nan biru
menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

kenapa dalam banyak-banyak lagu raya, lagu ni yang aku suka...

ntahla....

16.9.09

penipu

sepanjang hari ni aku rasa macam tertipu...kenapalah tak pernah nak berterus-terang kalau benda tu lama-lama akan jadi terang yang sememangnya aku dah ditipu...bestla kan jadi penipu ni...yer la, boleh jer berlakon macam-macm, buat tu, buat ni...eh, wei wei...tak malu ke kalau jadi penipu tetiba kantoi...aku bukan apa, sebab bila fikir-fikir balik, kenapala aku ditipu...berterus terang aje la...
tak pe la nak tipu ke apa, aku layan jer..cuma dalam hati tu rasa la sikit2 macam "bodoh"...
rasanya dah 14 tahun kot aku ditipu...kalau selama ni aku ditipu sana sini, sah-sah la dengan orang lain pun kau PENIPU!!!

14.9.09

Klinik Kesihatan Pantai Bharu / HKL


Kesihatan perlu dijaga...batuk aku agak berkurangan, cuma kadang-kadang masih ada lagi datang bermanja-manja di tekak aku...

Pagi-pagi Isnin lepas, 7 Sept 2009 (bersamaan dengan Nuzul Al-Quran) aku tekad ke klinik kesihatan seperti yang diarahkan oleh doktor di Hospital Selayang. Tak de apa yang nak buat aku tak berpuas hati dengan klinik/hospital kerajaan ni...bagi aku, ok ajer...bayar RM1 jer sekali rawatan. Siap ambil darah, complete check, doktor kata blood test aku ok. Alhamdulillah. Lepas tu doc suruh aku ke HKL sebab nak kena x-ray. Aku rasa dalam sejam jer aku dah dapat film x-ray tuh...rasa macam nak masuk belajar kat universiti lak kena buat x-ray. Biasala, bila nak buat x-ray, semua yang berada dari seluar ke-atas kena buka, termasuklah segala rantai azimat yang kita pakai, bukan setakat itu, kalau rambut panjang pun kena ikat tochang setinggi yang boleh. Aku ni bukan selalu buat x-ray pun, seingat aku masa belajar jer la...masa nak masuk kerja kerajaan, memang tak pernah nak masuk kerja kerajaan. Pembantu x-ray tu asyik bagitahu, 'tali dibelakang ya, tali dibelakang ya...'. Oh...rupanya, aku pakai baju x-ray terbalik, aku ikat tali kat depan, sepatutnya tali tu kat belakang la...apalah...

Alhamdulillah, keputusan ujian darah dan x-ray aku ok, jangan main-main wei bab kesihatan ni...

Hari tu aku spent dari 8am-3pm jumpa-jumpa doktor, perjalanan + break, drop by kat office buat kerja dulu, baru sambung g x-ray...doktor bagi 'time sleep' jer walau HR Manager suruh mintak MC...senang-senang ke nak dapat MC wei...

Dapat ubat lagi, aku pun tak tahu nak makan ubat mana...makan jer la semua.

Pasal doktor, nurse, staf2 kaunter pertanyaan, guard, abang parking, juru x-ray, semuanya ok sebab sepanjang aku deal dengan dia orang, aku tak jumpa yang perangai berangin..terima kasih semua..

P/s: dalam byk2 pengalaman aku hari ni, pakai baju x-ray terbalik paling geli hati...org cakap pakai baju terbalik nak dapat duit, pakai baju x-ray terbalik pulak apa cerita...nak dapat duit jugak kot...duit raya. Selalu nak raya bukan dapat duit, habis duit... kwang kwang!

8.9.09

5 Sept 2009

Hari ni dah hari ke-15 umat islam menunaikan hukum Islam yang ke-3. Sehingga ke hari ini, batuk aku masih lagi berterusan walau dah bermacam cara aku amalkan, secara tradisional mahupun mengikut nasihat doktor. Nasihat doktor private antaranya ialah jangan makan benda-benda masam seperti limau, lepas tu cuba elakkan mengambil susu (emmm...betul ke ni doktor wei...doktor kat Klinik Mediviron di Mid Valley). Kali ke-2 dan ke-3, aku ke Klinik Lourdes di PJ, biasalah, first bagi ubat syrup, antibiotik. Second time bagi ubat batuk pil dan selsema untuk pagi dan malam. Sebelum ni batuk aku kering, lepas tu bertukar menjadi berkahak. Ohhh, bila sekali datang batuk ni, sakitnya sampai ke tulang belakang. Sakit woiiiiii..."Hanya Tuhan saja yang tahu, perasaan ku..."

Aku selalu tanya orang sekeliling, bagaimana nak hilangkan batuk yang menjadi-jadi ni.


Antara pendapat yang aku dapat:

  • Makan madu dengan limau (aku cuba...x hilang gak!)

  • Lozenges - macam2 brand aku cuba...x hilang gak!)

  • Air asam jawa aku cuba...x hilang gak!)

  • Makan gula pasir, gula batu (aku cuba...x hilang gak!)

  • Minum teh pahit cina, haaa...aku x kisahla, aku tawakal jer minum (aku cuba...x hilang gak!)

  • Makan ubat batuk traditional cina - pipa cough pills (aku cuba...x hilang gak!)
  • Kapur dan limau sapu didada (aku tak sempat nak cuba sebab aku tak de kapur...)

  • Air 100 plus, buang gas, minum (ni pun tak sempat nak try...)

Habis cara aku ikhtiar, hari ni aku tekad untuk ke hospital selayang. Bayar RM1 jer...cek kira thorough jugakla. Sah2 aku H1N1 free...masalah aku ialah hanya batuk. Doktor cakap semua ok. Sebabkan batuk aku berlarutan, doktor bagi surat rujukan untuk buat investigate PTB. P tu aku tak tahu stand untuk apa...TB. Emmm...ntahlah, harap2 tak de apalah...InsyaAllah.

P/s: disebabkan oleh kerana aku ada training hari ni, wow..aku dapat mc di hari sabtu...

2.9.09

sale


SALE...aku rasa macam asyik sale jer sekarang ni...sememangnya, bila tiba musim sale ni, ia betul-betul sale atau gimmick jer? Ntahla, jualan gudang pun melambak-lambak, jualan cuci gudang, jualan penghabisan stok, jualan mega, jualan murah, arghhhh...macam2 la...hehe...sebenarnya, aku suka gak gi tempat-tempat sale ni walaupun kadang2 barangnya hampehhhh...tapi, jika aku bernasib baik, ada gak yang sangkut..

Sale kali ni, aku rasa am not really into it, may be because of...gaji aku kena potong kot...sampai bila gaji nak kena potong ni weiiii!!!

Bila sebenarnya last date megasale ni? tak silap aku, sebelum ni sampai 31 aug, rasanya hari ni aku tengok sampai 21 sept lak...24/7 jer la salenya...