version yang kuar kat BH:
MERUJUK kepada aduan Pengguna RapidKL, Shah Alam dan XXXXXXXX XXXXXXX, Shah Alam, RapidKL memandang serius aduan mengenai disiplin dan tingkah laku pemandu. Lanjutan daripada maklumat yang diberikan pengadu, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan beliau diletakkan di bawah tugas 'stand by' untuk siasatan lanjut. Sekiranya hasil siasatan kami mendapati pemandu bersalah, tindakan disiplin sewajarnya akan diambil.
RapidKL amat mementingkan disiplin pemandunya sebagai barisan hadapan perkhidmatan bas kami. Dalam setiap pengambilan pemandu, sebelum seseorang pemandu dibenarkan memandu bas, latihan intensif dijalankan bagi memastikan mereka berdisiplin, berhemah dan mematuhi peraturan kerja. Latihan secara berterusan dijalankan bagi memastikan pemandu mengamalkan budaya kerja cemerlang.
RapidKL juga sedang merangka program latihan yang lebih berkesan dan akan dijalankan oleh konsultan terpilih bagi memastikan pemandu lebih berhemah dan berorientasikan pengguna.
Selain itu, RapidKL juga akan mempamerkan identiti pemandu di dalam bas untuk memudahkan penumpang memberi maklum balas mengenai perilaku pemandu.
RapidKL sentiasa fokus dan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memenuhi keperluan penumpang.
Kami mengalu-alukan maklum balas daripada pengguna dan menggalakkan mereka menghubungi kami.
EBI AZLY ABDULLAH,
Pengurus Besar Komunikasi RapidKL.
No comments:
Post a Comment
kutuk la...