Kesihatan perlu dijaga...batuk aku agak berkurangan, cuma kadang-kadang masih ada lagi datang bermanja-manja di tekak aku...
Pagi-pagi Isnin lepas, 7 Sept 2009 (bersamaan dengan Nuzul Al-Quran) aku tekad ke klinik kesihatan seperti yang diarahkan oleh doktor di Hospital Selayang. Tak de apa yang nak buat aku tak berpuas hati dengan klinik/hospital kerajaan ni...bagi aku, ok ajer...bayar RM1 jer sekali rawatan. Siap ambil darah, complete check, doktor kata blood test aku ok. Alhamdulillah. Lepas tu doc suruh aku ke HKL sebab nak kena x-ray. Aku rasa dalam sejam jer aku dah dapat film x-ray tuh...rasa macam nak masuk belajar kat universiti lak kena buat x-ray. Biasala, bila nak buat x-ray, semua yang berada dari seluar ke-atas kena buka, termasuklah segala rantai azimat yang kita pakai, bukan setakat itu, kalau rambut panjang pun kena ikat tochang setinggi yang boleh. Aku ni bukan selalu buat x-ray pun, seingat aku masa belajar jer la...masa nak masuk kerja kerajaan, memang tak pernah nak masuk kerja kerajaan. Pembantu x-ray tu asyik bagitahu, 'tali dibelakang ya, tali dibelakang ya...'. Oh...rupanya, aku pakai baju x-ray terbalik, aku ikat tali kat depan, sepatutnya tali tu kat belakang la...apalah...
Alhamdulillah, keputusan ujian darah dan x-ray aku ok, jangan main-main wei bab kesihatan ni...
Hari tu aku spent dari 8am-3pm jumpa-jumpa doktor, perjalanan + break, drop by kat office buat kerja dulu, baru sambung g x-ray...doktor bagi 'time sleep' jer walau HR Manager suruh mintak MC...senang-senang ke nak dapat MC wei...
Dapat ubat lagi, aku pun tak tahu nak makan ubat mana...makan jer la semua.
Pasal doktor, nurse, staf2 kaunter pertanyaan, guard, abang parking, juru x-ray, semuanya ok sebab sepanjang aku deal dengan dia orang, aku tak jumpa yang perangai berangin..terima kasih semua..
P/s: dalam byk2 pengalaman aku hari ni, pakai baju x-ray terbalik paling geli hati...org cakap pakai baju terbalik nak dapat duit, pakai baju x-ray terbalik pulak apa cerita...nak dapat duit jugak kot...duit raya. Selalu nak raya bukan dapat duit, habis duit... kwang kwang!
buleh sarung duit raya aja cukup la kannn.. ;p
ReplyDeletesarung duit raya pun, sarung la..SC SAADIQ...sampul habih, duit raya habih...nampok gayo, x karokae mana la lepah rayo ni...dok nusuk diae2 jah la...
ReplyDeletekakak nak mc jugak!
ReplyDelete