Hari ni dah hari ke-15 umat islam menunaikan hukum Islam yang ke-3. Sehingga ke hari ini, batuk aku masih lagi berterusan walau dah bermacam cara aku amalkan, secara tradisional mahupun mengikut nasihat doktor. Nasihat doktor private antaranya ialah jangan makan benda-benda masam seperti limau, lepas tu cuba elakkan mengambil susu (emmm...betul ke ni doktor wei...doktor kat Klinik Mediviron di Mid Valley). Kali ke-2 dan ke-3, aku ke Klinik Lourdes di PJ, biasalah, first bagi ubat syrup, antibiotik. Second time bagi ubat batuk pil dan selsema untuk pagi dan malam. Sebelum ni batuk aku kering, lepas tu bertukar menjadi berkahak. Ohhh, bila sekali datang batuk ni, sakitnya sampai ke tulang belakang. Sakit woiiiiii..."Hanya Tuhan saja yang tahu, perasaan ku..."
Aku selalu tanya orang sekeliling, bagaimana nak hilangkan batuk yang menjadi-jadi ni.
Antara pendapat yang aku dapat:
- Makan madu dengan limau (aku cuba...x hilang gak!)
- Lozenges - macam2 brand aku cuba...x hilang gak!)
- Air asam jawa aku cuba...x hilang gak!)
- Makan gula pasir, gula batu (aku cuba...x hilang gak!)
- Minum teh pahit cina, haaa...aku x kisahla, aku tawakal jer minum (aku cuba...x hilang gak!)
- Makan ubat batuk traditional cina - pipa cough pills (aku cuba...x hilang gak!)
- Kapur dan limau sapu didada (aku tak sempat nak cuba sebab aku tak de kapur...)
- Air 100 plus, buang gas, minum (ni pun tak sempat nak try...)
Habis cara aku ikhtiar, hari ni aku tekad untuk ke hospital selayang. Bayar RM1 jer...cek kira thorough jugakla. Sah2 aku H1N1 free...masalah aku ialah hanya batuk. Doktor cakap semua ok. Sebabkan batuk aku berlarutan, doktor bagi surat rujukan untuk buat investigate PTB. P tu aku tak tahu stand untuk apa...TB. Emmm...ntahlah, harap2 tak de apalah...InsyaAllah.
P/s: disebabkan oleh kerana aku ada training hari ni, wow..aku dapat mc di hari sabtu...
mok ana ni...lain kali duduk rumah je tak yah gi keje ponteng je...atau pon mok ana pencen je...
ReplyDeletepencen macam tok ayah...
ReplyDeletesapa suruh makang gula pasir tu wehh??? mari manno tahu petua tuuhh
ReplyDeletewei, bukae setakat gula pasir wei, gula batu ponnnnn...
ReplyDelete