20.8.09

cleaner vs receptionist

Cleaner & Receptionist - dua bidang kerjaya yang jauh berbeza...Namun, mereka berdua ini merupakan orang yang penting dalam sesuatu organisasi atau syarikat.

Cleaner - dah tentu boleh angkat telefon kalau receptionist tak ada.
Receptionist - dah tentu tak akan buat kerja-kerja cleaner bila cleaner tak ada. Nanti cair make-up...

Haha...aku bukannya apa sebab baru kejap tadi, aku ada call client...Tiba-tiba orang yang angkat telefon tu, aku dah dapat agak yang dia sebenarnya bukan orang yang sepatutnya mengangkat telefon, tapi, kira ok la dia...(apa yang aku nak cakap, kekadang cleaner ni lagi sopan bila mengangkat telefon...)

"Alah, mak ni cleaner, Yang boleh call lepas pukul satu tak, hari ni semua staff ada meeting dengan datuk..."

Ha, kan aku dah cakap...cleaner ni pun penting dalam sesuatu syarikat, kalau dia tak angkat telefon, dah aku beribu kali dok telefon, nasib baik dia ada...emm..cara dia angkat telefon pun lagi ok, sincere...


mini - me

1 comment:

  1. kalau kakak jadi cleaner tu, kakak tak nak angkat telefon!

    ReplyDelete

kutuk la...