Aku punya la sakit hati kat pemandu bas Rapid KL. Sakit hati punya hal, aku telah pun menulis surat untuk beberapa surat khabar, termasuklah aku email terus ke Rapid KL...
Aku telah dihubungi oleh satu suratkhabar, kalau tak esok, mungkin lusa luahan aku akan keluar...tapi, dah tentu dieditnya, tapi tak apa la, janji kepuasan, dengan niat, kalau ini dah terjadi kat aku, kat orang lain apa lagi....
Pemandu Bas Rapid KL Kurang Ajar - Tiada Budi Bahasa
Kepada sesiap yang berkenaan.
Kepada sesiap yang berkenaan.
Perkara di atas adalah dirujuk.Selama ini saya tidak pernah untuk menerima sebulatnya jika ada perkara buruk yang diperkatakan tentang perkhidmatan pengangkutan bas awam di Kuala Lumpur, ini kerana walau pelbagai langkah telah diambil, masalah kecil yang timbul boleh dianggap sebagai masalah yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, bagi saya, sikap atau masalah yang ditimbulkan oleh 'individu' membuatkan saya hilang kesabaran untuk tidak menjadikan perkara ini sebagai satu masalah yang besar. Mengapa ini harus terjadi sedangkan di mana-mana sekalipun kita sering melihat promosi kempen 'berbudi bahasa budaya kita'. Sebagai orang Melayu, kita dididik untuk berbudi bahasa dalam apa jua sekali pun.
Tanggal 28hb Jun 2009 (Ahad), disebabkan oleh beberapa perkara, setelah sekian lama tidak menggunakan perkhidmatan awam, khususnya bas, saya terpaksa untuk menaiki bas awam untuk ke Kuala Lumpur. Saya menunggu bas di Perhentian Bas Sekolah Kebangsaan Hicom, Seksyen 27, Shah Alam. Lebih kurang jam 6.40 ptg, sebuah bas [bernombor pendaftaran WPL 734] tiba. Terus terang saya tidak arif, bas mana menuju ke laluan mana. Saya cuma menahannya dan terus menaiki bas tersebut sambil bertanya kepada pemandu tersebut 'Bang, bas ni gi KL ke?' Lantas, si pemandu terus menyapa soalan saya 'Eh mangkuk, kau tak nampak ke (sambil menghalakan tangan ke kiri cermin bas'. Secara spontan dan terkejut, sambil berundur turun dari bas itu, saya terus membalas 'Eh, saya tanya dengan elok, jawab la dengan elok, mana nak tau, pergila mampos...(saya sedar saya agak kasar kerana hilang sabar dengan sikapnya menjawab persoalan saya). Banyak mata memandang ke arah saya. Sesungguhnya bas itu tidak ke laluan Kuala Lumpur. Tidak salah pun walau dengan menjawab "tidak" berbanding dengan menggantikan nya dengan "Eh, Mangkuk" yang pada saya ianya amat kasar! Beginikah sikap seorang pemandu bas rapid kl terhadap penumpang? Kalau begini sikapnya, bukan saya sahaja yang menjadi mangsanya.
Kebetulan, pada masa yang sama, ada penumpang yang turun. Seorang penumpang itu bertanya kepada saya apa yang telah diperkatakan oleh pemandu tersebut? Saya memberitahunya apa yang terjadi. Penumpang tersebut memberitahu saya, pemandu tersebut memang gila (Maaf, bukan saya mengatanya gila, cuma mengulangi kata2 penumpang tersebut) kerana dia telah pun memarahi seorang penumpang gara-gara nada dering telefon. Telefon berbunyi dah pemandu bas tersebut berkata 'dah ada telefon tu, dengar jer la sorang-sorang'. Apa sebenarnya masalah pemandu ini.
Saya benar-benar terkilan atas sikap pemandu bas Rapid KL yang tiada budi bahasa serta sebagai seorang Melayu, ini boleh dikategori sebagai kurang ajar. Walau efisyen mana sekali pun perkhidmatan, tiada maknanya jika nilai2 murni seperti budi bahasa diketepikan.
Saya amat berharap agar pihak pengurusan Rapid KL memantau para pemandu agar tidak keterlaluan dengan sikap atau perangai yang boleh menjejaskan mutu keseluruhan perkidmatan Rapid KL. Sesungguhnya perkhidmatan yang terbaik bermula dari budi bahasa para kakitangannya.
Semoga pihak tuan dapat memberikan teguran kepada pemandu tersebut. Tersilap perahu boleh diundur, tersilap kata, buruk padahnya...
Semoga coretan saya ini diberi perhatian.
Sekian, terima kasih.
XXXMXrXiXnX MXhXmXdXXX
7X0X1X9X3X3X6
0X6X5X0X1X
XXXMXrXiXnX MXhXmXdXXX
7X0X1X9X3X3X6
0X6X5X0X1X
p/s: maaf jika bahasa aku agak kasar...
hoo molek2 la complain byk...ayyooo...
ReplyDeletethere was a friend of mine who used to learn malay words masa kat UK...and another friend ni biasa la dok ajar benda pelik2 kat si mamat ni..what he always said was " muka kamu lawa macam Mangkuk Jamban"..dengan accent british....so mok ana you should have said that to the driver......
oh...mok ana masih sedih dengan kejadian hari itu ke?mok ana reda je lah.. dengan Tuhan ye...
ReplyDeletekesian mok ana...
ReplyDeleteya lah kadang2 kita ni bial tak kena kat kita kita tak rasa..bila kena kat batang hidung sendiri barulah terasa pahitnya kehidupan..apa pun dunia ini bulat..semua manusia akan merasinya..Tuhan itu maha adil! Ya Allah tunjukkan yang benar dan sesungguhnya Engkau maha mendengar...
ReplyDeletekakak..this is 18sx blog la... :)
ReplyDeletewah~memang kurang ajar si pemandu bas itu. tu baru pemandu bas, kalo ditakdirkan dia jadik tokay kilang arak, hm, lagi bongkak la gamaknye kot. ape2 pun, nama jer melayu, tak semestinye Islam. orang Islam takder nak memaki orang tak tentu pasal. sabar jelah Mini. "what goes around, comes around". masa tu hari dia, esok2 lak dia yang kena maki, kena pijak macam ta*k/sampah/lantai jamban. gitulah dunia...
ReplyDeletehermm sad to say.. orang-orang sekarang mmg kurang ajar. dah x der budaya sopan santun, bertimbang rasa n etc..
ReplyDeleteanyway yeh, bagus awk report.. ingat hak kita as pengguna.
if we are on the right side, kena la lawan sikit, x leh bagi orang buli jer... :)
ReplyDelete