14.6.09

hujung minggu

hari ni dah hari ahad...
cepat betul weekend berlalu. esok dah kerja...apa nak buat, mencari rezeki harus diteruskan...
oh, hari ni hari bapa...dah kali ketiga menefon ayah ku, pon tak dapat nak cakap. ayah ku bukannya business man, sibuk dengan kerja kampung jer, membersihkan halaman rumah, yer la, tak kan nak bawak handphone gantung kat tekak kot..tak relevan :)
Walaupun weekend cepat berlalu, namun weekend aku tak pernah dipersia-siakan. Aku mesti menikmati weekend aku secara berQUALITY!
Semalam, aku sempat berjumpa Puan Norleen, isteri kepada Syed Mohd Raffe (aku tak pernah jumpa pon laki Norleen ni). Ok gak spent time dengan Norleen ni...yer la, dah lama tak jumpa dia,aku rasa ada dah dekat setahun tak jumpa dia. Dari masa dia belum bertunang, dah kahwin, hanya semalam jer aku berkesempatan nak jumpa dia. Bukan senang nak jumpa dia ni, ni pun aku rasa dah buat appointment 1 week in advanced. Maklum jer la, sejak nak dekat-dekat kahwin dulu, Norleen ni dah banyak berubah..banyak ke arah muslimah sejati...ada syarahan agama, sesi mengaji, marhaban, ahli khariah masjid (etc..respect la Norleen ni, jangan marah yer). tapi, aku masih begini...tak apalah asal kan aku ok jer. Borak2 jer nga Norleen ni...ok gak jumpa kawan-kawan. Masa aku jumpa Norleen ni, ramai gak aku jumpa orang yang aku kenal yang aku tak sangka-sangkakan:
  • Reddy, senior aku masa belajar dulu, dia pon terpingga2 macam ingat tak ingat jer aku, tapi katanya ingat
  • Pak Mon suami Eza, terus-terus aku call eza sajer report kat eza..padahal aku nak bagi tau yang kasut pak mon sama dengan kasut aku...
  • Suriati ke Suriani...kawan masa sekolah menengah, ok ler at least kito still kenal each other
  • m
  • Maria tunku sabri pon aku terjumpa, yer la..dia ni tak kenal aku, aku jer yang kenal dia...dia makan tak gelojoh pon.

Terima kasih Norleen, sebab belanja aku kat Secret Recipie...Disebabkan oleh dia nok belanja aku, terpaksa lah aku minum air yang paling murah. Air yang paling murah fresh milk, RM4...x nak lah fresh milk, aku pon order ice lemon tea, RM5. yerlah, tak tergamak aku nak order air lain...eh eh, tak sedar bila masa air cappuccino dia tuh habis disrupppppp...hehe, siap makan karipap dinousour tuh, chicken cornish...

Alahai, Norleen siap belikan hadiah kat abang angkat dia...hadiah kat ayah dia semperna hari bapa...habuan aku, aku dapat voucher parkson bernilai RM10. ni dah kali ke dua aku dapat voucher parkson dari Norleen, yang first tu au beli stokin (kau ingat tak norleen??? aku rasa macam kau dah lupa...) yang ni, aku tak fikir lagi nak beli apa...terima kasih yer puan leen. hehehehe...dia suh aku beli apa-apa la...

lepas aku jumpa Norleen, apa-apa pun aku mesti menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah yang hina lagi banyak dosa (ya Allah, ampunilah dosa-dosa hitam aku...). Aku mesti menunaikan solat maghrib. Sebabnya, selepas ni aku ada misi lain pulak dengan my darling Anita (hehehehe, aka muslimah)...kat uptown damansara.

Sebaik jer aku jumpa anita, adik dia, buek, ayah aku telefon. Sajer...sajer tanya aku kat mana, aku kata nak makan malam dengan anita...oh...ok lah.

Makan & borak2 ngan anita, ternampak pulak 'datin', isteri pengarah urusan tempat aku kerja. Dari jauh, just hai2 jer...

Masa makan tu, kakak aku pulak sms...katanya, dia bagitahu yang dia telah me-aur2kan aku selalu balik lambat bila hari minggu, lepak...hehehe..Tak pe la,lepak ke buat apa ke, janji diri kita sendir yang tahu apa yang kita buat...Tak kisahlah asalkan tanggungjawab kita, telah pun kita tunaikan...jangan risau yer ayah & mek, kakakku, adik perempuan ku & adik lelaki ku....I LOVE ALL OF YOU :)

hari ni. am looking forward for the next weekend...

1 comment:

kutuk la...